CARA PERMOHONAN METER TNB DAN HARGA 2026

CONTOH METER 1 FASA/ SINGLE PHASE DAN 3 FASA / 3PHASE

  • Terdapat dua pembayaran yang perlu dibuat iaitu:

    1. Pembayaran kepada kontraktor yang menguruskan permohonan termasuk pemasangan pendawaian lengkap dari papan meter ke dalam rumah dan juga pembayaran kepada pihak TNB iaitu caj sambungan pengguna dan meter deposit.Harga caj bayaran kontraktor untuk pengesahan pemasangan lengkap, ujian dan permohonan ke TNB adalah bergantung pada skop kerja dan jenis permohonan. Sebelum permohonan dibuat papan meter perlu disediakan terlebih dahulu lengkap dengan pendawaian ke kotak agihan (DB).

    2. Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar kepada TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground). Untuk talian atas kos 3 tiang pertama adalah percuma dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB.Caj cagaran deposit meter juga perlu dibayar kepada TNB setelah sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB. Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan untuk premis perniagaan pula bergantung kepada kehendak maksimum penggunaan bebanan (permintaan maksimum).

    HARGA BAYARAN CAS TNB BOLEH RUJUK JADUAL DIBAWAH
    Pengguna boleh upgrape (meter single phase -3phase) jika penggunaan elektrik bertambah

CONTOH METER 1 FASA/ SINGLE PHASE DAN 3 FASA / 3PHASE


Perhatian : Harga dibawah adalah untuk premis baru yang tidak pernah ada meter.Tidak termasuk cas pegurusan Kontraktor .

HARGA METER 1 FASA ( 230V) SINGLE PHASE SUPPLY ( VOLTAGE 230V )

HARGA DEPOSIT TNB 1 PHASE | RUMAH DAN KEDAI BARU

Caj penyambungan Pengguna sesalur bawah tanah = RM 1700

HARGA METER 3 FASA ( 400 V) THREE PHASE SUPPLY ( VOLTAGE 400V )

HARGA DEPOSIT TNB 1 PHASE | RUMAH DAN KEDAI BARU

Caj penyambungan Pengguna sesalur bawah tanah = RM 1700

Harga Caj Sambungan Pengguna (CSP) dan pemasangan Meter TNB

  • Domestik/Rumah
  • 1 Fasa
  • Baru – RM 250 atau RM 450
  • Domestik 3 fasa 
  • Baru dan naik taraf – RM 750
  • Komersil 1 Fasa
  • Baru – RM 450
  • Komersil 3 Fasa
  • Baru dan naik taraf – RM 1700

Caj tambahan tiang untuk permohonan TNB

1 Hingga 3 ( 0 >3 ) – percuma

TIANG PERCUMA ( jika melebihi 4 batang, permohonan akan lambat sedikit)

JENIS METER TNB

Perkara yang diperlukan dalam permohonan Meter bagi TNB

Permohonan yang bermula dari hujung tahun 2016 adalah sepenuhnya menggunakan atas talian (ON-Line).

  • Rumah kediaman, Pemohon individu

1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik, atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan.
3 . Salinan kad pengenalan pemilik ( jika pemohon bukan pemilik tanah/premis )
4. Email
5. No telefon
6. Bill jiran terdekat

  • kedai komersil , Permohon syarikat

1. Salinan SSM, Borang 9 or Borang D, Info syarikat
2. Salinan ic pengarah urusan
3. Salinan akuan hak milik premis
4. Salinan kad pengenalan pemilik ( jika pemohon bukan pemilik tanah/premis )
5. emel
6. no tel
7.Bill jiran terdekat